Wednesday 19 January 2011

KARIPAP KU INTAN :)

Disebabkan teringin sangat makan karipap ayam,maka aku pun mencube resepi nie....agak menjadi dan disukai oleh my hubby...huahuahuha(klu xsedap pun die akan ckp sedap)...jom korang plak try k...senang jer.....

Bahan-bahan ( 20 biji )

Bahan Inti
5 biji kentang (dipotong dadu)
1 bawang besar (dipotong dadu)
4 bawang putih (dipotong dadu)
Dada ayam (dipotong dadu)
½ inci halia (di tumbuk lumat)
Segengam cili padi ( di kisar)
1 kulit kayu manis & bunga lawang
3 sudu serbuk kari ( hingga maliputi ayam)
Garam secukup rase
Minyak ikut keprluan
3 cawan air

Doh karipap
Tepung gandum
1 sudu garam
3 sudu marjerin
1 biji telur
½ cawan air sejuk
Air ikut keperluan

Cara –cara:
Inti
1.      Rebus kentang yang dipotong dadu sehingga lembut dan toskan.
2.      Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan halia,cili padi yang dikisar bawang besar dan putih yang  dipotong dadu  dan kacau hingga wangi.
3.      Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
4.      Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati dan masukkan daun kari.
5.      Masukkan garam.
6.      Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan kentang.
7.      Kacau hingga mula kering.
8.      Dan akhir sekali, angkat dan sejukkan.

Doh
1.    Masukkan tepung dalam mangkuk.
2.    Gaulkan air bersama garam dan air sejuk.
3.    Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti.
4.    Panaskan marjerin atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
5.    Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air sejuk bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
6.    Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
7.    Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
8.    Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
9.    Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.




No comments:

Post a Comment

Iklan Nuffnang