Monday 27 December 2010

AYAM MASAK MERAH EDISI AKU....

AYAM MASAK MERAH EDISI AKU...


Hari tu  my hubby ckp nak mkn ayam masak merah....first try ayam masak merah xmenjadi pun..hehehe...tp die telan gak...then, malam tadi saje nak cube lagi tgk menjadi x...kali nie Alhamdudilah rase,warna semua dah mcm ayam masak merah orang kawin...yum2x..hehehe....senang je watnyer xsampe sejam pun....selamat mencube..
So kat sini resepi nyer tok di sharing bersama k...

Bahan - Bahan
Ayam
bunga lawang
kulit kayu manis
bawang besar (potong bulat)
bawang kecil
halia
bawang putih
cili kering
Tomato Puree
Sos Tomato

Bahan dikisar

6 tangkai    Cili Kering
5 biji         Bawang Kecil
4 ulas         Bawang putih
segengam   Cili Padi(ikut tahap pedas masing2)
1cm           Halia 
Cara Penyediaan
Goreng ayam dulu dengan kunyit dan garam.....goreng ayam sampe 2/3 masak....

dah goreng,

 
Tumis sampai pecah minyak
 Tumis bunga lawang dan bunga cengkih,then masukkan bahan yang dikisar dan tumis sampai pecah minyak...
pastu, masukkan tomato puree dan sos tomato masak sekejap dan masukkan ayam...dah masuk ayam gaul sampai sebati then, masukkan garam,gula,asam jawa dan sedikit aji.

Masuk bawang & gaulkan dengan rata
last skali,masukkan bawang yang telah dipotong bulat..tgu sampe bawang masak skit then ok dah selesai dan boleh dihidangkan..

cube la masak..senang je..resepi nie dikongsikan kepada yang baru blaja masak..yang dah expert tue maaf la klu ade yang salah...hik3x...yang baru berumah tangga xpandai masak cube la k..insyaalah sedap punye..hik3x...

Sudah sedia untuk dimakan....yum3x

Sunday 12 December 2010

Tips untuk membezakan mutiara asli dan palsu.

Oleh kerana  harga mutiara yang mahal sehingga memungkinkan pemalsuan, banyak cara dilakukan manusia untuk menghasilkan mutiara yang serupa dengan aslinya. Bahannya pun bervariasi dari jenis batuan tertentu seperti kaca, plastik dan bahkan dari cengkerang kerang.

·         Mutiara air laut berasal dari laut, harga ditentukan oleh berat, warna, kualiti dan kilauannya, tahan apabila dibakar dan apabila digigit terasa pasir tetapi tidak boleh tercalar.
·         Mutiara air tawar berasal dari air tawar, besar dan berat hampir sama, harga lebih murah daripada mutiara air laut, terbakar apabila dibakar tetapi tidak meleleh dan apabila digigit terasa pasir tetapi tidak mudah tercalar.



·         Mutiara plastik, warna sama seperti mutiara air tawar, ringan, harga yang sangat murah, apabila dibakar akan meleleh dan apabila digigit terasa licin dan mudah terkelupas.

Mutiara Asli pula terdiri daripada mutiara air masin dan mutiara air tawar. Mutiara air masin adalah mutiara yang original dikeluarkan daripada dalam tiram dari laut masin…manakala mutiara air tawar adalah mutiara original yang dikeluarkan daripada dalam tiram yang diternak secara komersial di dalam kolam-kolam atau pun sungai. Harga mutiara air tawar adalah lebih murah berbanding daripada mutiara air masin dan bentuknya pula tidak berbulat tepat.Mutiara asli sesuai untuk dijadikan rantai leher, gelang tangan, cincin, rantai cermin mata, tali jam tangan dan bermacam-macam aksesori lain lagi.

Sejauh mana kita dapat menilai mutiara yang kita pegang tu adalah asli? Di pasaran sekarang ni terdapat pelbagai jenis mutiara dengan pelbagai bentuk dan pelbagai rupa dan warna…Memang rambang mata nak menentukan keasliannya…silap haribulan manik plastik pun kita anggap mutiara asli …

So disini ada beberapa tips atau panduan yang boleh digunakan untuk menentukan keaslian mutiara..

1) Panduan pertama..mula-mula dari segi pemerhatian kita…tengok permukaan mutiara tu…mutiara asli permukaannya tak licin mcm guli tu…bentuk mutiara asli bukan bulat sepenuhnya…kadangkala bentuk mutiara asli seperti bujur atau tidak rata…

2) panduan kedua pula ialah tentang berat mutiara tersebut..tengok berat ke ringan.. kalau itu mutiara asli anda akan dapat rasa beban beratnya apabila anda menimbang mutiara tersebut menggunakan tangan(lambung-lambjngkan biji mutiara…)

3) sekiranya anda masih tidak berpuas hati lagi atau masih ragu-ragu dengan timbangan anda,anda cuba kopek bahagian luar mutiara tu…kalau bahagian luar mutiara tersebut terkopek ..maka ia adalah mutiara palsu kerana mutiara asli tidak akan terkopek walau apa cara pun..

4) Masih tidak berpuas hati?Gigit mutiara tu… Mutiara asli permukaannya akan rasa sedikit kesat dan berpasir…dan akan ada kesan ngilu pada gigi anda.Mutiarayang asli adalah sangat keras.Sekiranya anda cuba mengigit mutiara palsu pula,anda akan berasa biji mutiara itu sangat licin..

5) Kaedah selanjutnya yang boleh diguna pakai untuk mengetahui keaslian sebutir mutiara ialah dengan membakar mutiara tersebut..Kaedah ini sangat popular dikalangan penjual-penjual mutiara asli..Mutiara yang asli tidak akan terjejas walau sedikit pun kesan daripada pembakaran tersebut..sekiranya biji mutiara itu tidak memberikan tindak balas seperti contohnya lecur/cair semasa dibakar maka mutiara itu adalah ASLI..Salah satu keajaiban ciptaan Tuhan yang sangat indah dan amat bernilai…
Tips supaya perhiasan tahan lama.
Mutiara adalah sesuatu yang halus dan lembut, memerlukan penjagaan yang istimewa dan cara pembersihan tertentu bagi memastikan kilauan dan kecantikannya kekal. Sedangkan mutiara kultur(ternak) yang mempunyai lapisan mutiara yang tebal pun boleh rosak sekiranya tiada penjagaan yang rapi.
Cara yang terbaik untuk membersihkan mutiara adalah kebiasaan lap dengan kain yang kering dan lembut. Setiap kali anda memakai mutiara, ingat untuk lapkan sebelum menyimpan semula kedalam bekasnya. Ini untuk melindungi mutiara dari dirosakkan oleh asid peluh. Sekali sekala cuci mutiara dengan sabun bayi. Gunakan tangan kerana menggunakan berus boleh merosakkan lapiran mutiara. Sabun bayi adalah yang terbaik. Simpan dalam keadaan kering dan jangan digantung untuk mengeringkannya.
Apabila membersihkan mutiara elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi ammonia, sabun yang kasar dan pencuci. Jangan sesekali steam mutiara anda kerana kepanasan boleh merosakkannya. Sekirannya pada mutiara terdapat daki kotoran, gunakan kuku jari adalah cara terbaik untuk menyingkirkannya.
Memandangkan mutiara terdiri dari kalsium karbonat maka  warnanya boleh dirosakkan oleh asid, jadi elakkan dari bahan kimia seperti vinegar, alcohol, ammonia dan penyembur rambut, pencuci, minyak wangi, air kolam renang dan kosmetik. Anda boleh memakai mutiara selepas memakai makeup, penyembur rambut dan minyak wangi. Seeloknya pakai mutiara di atas pakaian dan jangan terus di atas kulit anda. Ingat untuk menanggalkan mutiara bila anda bersenam, berenang atau mandi. Mutiara boleh menyerap minyak wangi dan penyembur rambut, jadi elakkan dari memakai mutiara bila ke salon rambut. Juga elakkan dari memakainya semasa anda memasak, kerana mutiara boleh menyerab asap dan wab dari masakan. Mutiara juga mengandungi sedikit air dan protein, jadi jauhi dari tempat yang panas dan kering, elakkan dari pancaran terik matahari. Mutiara juga mengandungi bahan organik dan memerlukan udara segar dan kelembapan, jadi pakailah mutiara sekurangnya sekali dalam sebulan. Lap secara kerap kerana mutiara boleh menyerap minyak wangi dan peluh, begitu juga dengan habuk. Sekiranya tercalar, gunakan olive oil dan sapu dengan lembut di kawasan yang tercalar itu.
Simpan perhiasan mutiara anda berasingan dengan set perhiasan yang lain kerana perhiasan yang keras boleh merosakkan mutiara anda. Simpanlah mutiara anda di dalam bekas khas dan elakkan dari tersentuh dengan benda-benda keras. Menjaga mutiara secara kebiasaan akan memanjangkan hayat mutiara anda.
·         Elakkan dari terkena peluh.
·         Jangan kerap terkena air.
·         Hindarkan dari terkene sabun, hand body dan bahan kimia.
·         Simpanlah dalam keadaan kering dan dilap dengan kain lembut.
·         Jangan disimpan di tempat yang lembab.
Tips menggayakan mutiara
Sebaiknya mutiara digayakan berdasarkan warna kulit, sebagai contoh orang yang berkulit kuning langsat, match menggayakan mutiara yang berwarna cerah.


Saturday 4 December 2010

WANITA BIASA ~ KRISDAYANTI

WANITA BIASA

Go to fullsize image

Song by Krisdayanti
Title : Aku wanita biasa

Monday 29 November 2010

just sharing

hai sy baru jer balik tgk cite nangkung....
blh thn la lawak n syok jugak..
cerita yang menarik membawa kesedaran kepada pakcik2, makcik2 atau kite sendiri muda-mudi sekarang..
 tiada jalan singkat untuk mengecapi kekayaan atau kejayaan....
klu berusaha pun berusaha la di jalan yang betul dan bukan jalan yang songsang...hehehehe
bkn ape..bagi yang dah berkahwin tue rezki nanti nak bg mkn anak2 lagi....
mcm ne anak-anak kite nie nak berjaya klu duit yang kite bg bukan dr hasil yang halal...
wah dah panjang makcik berceloteh..huhuhu...enuf 4 today....see u next time...

Iklan Nuffnang