Ape khabar semua... apa activiti korang weekend hari tu??
Weekend kiteorg just karaoke jer dan just rest dekat rumah... maklumla musim-musim mahal ni. kene berjimat cermat sikit.. tapi masak still wajib.. hihi.. so korang layan la gamba masakan aku yang biase-biase ni jer k..
~~Cek it out~~
Hari ape tah aku masak labu ni.. sebenarnya nak masak gulai lemak labu dengan ikan goreng.. tapikan kat pasar ni mahal tetibe.. tu tak jadi beli ikan.. so aku masak dengan ayam jer...
Masak labu lemak ni senang jer.. ni aku bagi resepi untuk korang cuba..
Bahan-bahan
1/2 labu (potong kecik-kecik)
2 ulas bawang putih (ketuk)*
1 batang serai (ketuk)*
segengam ikan bilis (tumbuk)*
1 kotak santan
1 sudu serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam
Cara-Cara
1. Rebuskan labu yang dah dipotong kecik-kecik tu dengan bahan-bahan yang bertanda *....
2. Bila dah empuk, masukkan santan dan serbuk kunyit
3. last sekali masukkan la garam
4. selesai untuk dihidang
~~selamat mencuba~~
Hari Jumaat yang berbahagia haritu aku masak nasi ayam pulak.. just nak penuhkan kehendak tekak aku ni... hihi.. aku pakai resepi dekat FB jer.. tu la first time aku cuba.. not bad la rasa dia.. laki aku tambah 2 kali jugak la.. korang try la k..
Credit to : Anna Camfrog
Hari Sabtu plak sebab dah plan nak pergi kareoke ... so aku tak masak.. jadi kiteorg pun makan la kat kedai ni.. kedai ni boleh tahan la nasi arab nye.. first time aku jumpa dekat KK ni.. so korang boleh try k..
~~Lokasi kedai ni : Hotel Tang Dynasty Bay - Sepanggar ~~ (bukan dalam hotel tau... tapi berkongsi bangunan dengan hotel)
~~ Google Map >> Tang Dynasty BAy Hotel
Aku suka makan yang set Kambing Stew dan pita kambing.. sedappp... korang try la k.. harganya yang aku makan ni RM16++... untuk pita kambing tu pulak RM9++...so sekali sekala boleh la makan.. kalau hari-hari botak suami saya.. hihi
Dah abis makan barunak amik gamba... |
Pita Kambing |
Encik hubby makan yang sama.. |
masak cekodok pisang ni simpel jer...
Formula : lenyek jer pisang + tepung sikit + Gula + Goreng + makan
Dinner plak makan bihun jer... sebab nak abis kan stok karbohidrat kat rumah tu... nak start diet.. diet la sangat kan.... hihi... aku masak bihun singapore dan opkos cilok resepi dari internet... so kalau nak resepi sila la pergi blog dia k... confirm jadi bihun korang....credit to >> fizalgk
ni gamba bihun yang dah siap
*
*
*
*
*
*
V
Bukan main banyak kan aku masak.. padahal untuk 2orang jer.. |
Sambal kicap tu paling membuka selera tau... |
k la dah abis cerita minggu ke 4 Bulan Januari 2016... nak kongsi kata-kata terbaik untuk semangat minggu ni ..
Betul la apa di katakan tu...up and down dalam hidup adalah dugaan kehidupan...
Nota kaki: My hubby cakap nak pergi honeymoon.. so aku dok servey lokasi menarik ni... mana tau proposal aku diterima.. hihi..